Monday, January 28, 2013

pelajaran bahasa arab



universiti-universiti tertua di dunia


1. Universiti Al-Karaouine
Universiti ini terletak di Fes, Maroko. Awalnya, universiti ini merupakan sebuah masjid yang didirikan pada tahun 859 oleh seorang wanita bernama Fatima al-Fihri dan berkembang menjadi salah satu universiti terkemuka dalam bidang ilmu alam. Kemudian, pada tahun 1957, ianya terus berkembang dengan bidang ilmu matematik, fizik, kimia, dan pengajian bahasa. Universiti ini pun mendapat mandat sebagai universiti tertua dari Guinness Book of World Records.
2. Universiti Al Azhar
Universiti Al Azhar berada di Mesir, menempati urutan kedua sebagai universiti tertua yang didirikan pada 970-972. Al Azhar juga berfungsi sebagai pusat sastra dan pengsuratan Islam Arab Sunnah. Di universiti ini juga diajarkan berbagai bidang ilmu pengetahuan modern.
3.Universiti Nizamiyya
Universiti ini adalah salah satu dari universiti yang didirikan oleh Khwaja Nizam Al-Mulk pada abad 11 di negara yang dikenali dengan Iran pada ketika ini.Paling terkenal dari semua sekolah Nizamiyyah adalah Al-Nizamiyyah di Baghdad, didirikan pada 1065 di Dhu'l Qa'da dan beroperasi di Isfahan.
4. Universiti Bologna
Universiti ini adalah lembaga pendidikan tinggi pertama yang didirikan di dunia Barat pada tahun 1088, di Bologna, Italia. Universiti Bologna termasuk universiti yang berada di peringkat atas sehingga perang dunia kedua. Pada masa itu, para pemimpin menempatkan universiti untuk menjalin hubungan dengan institusi-institusi di negara yang lebih maju untuk memperkuat filosofi pendidikannya. Hingga saat ini, Universiti Bologna masih dianggap sebagai salah satu universiti yang maju dalam hal sistem pendidikan di Eropah.
5. Universiti Paris
Masih tidak di ketahui siapa yang membina universiti ini. Namun, proses belajar mengajar di universiti ini telah berlangsung sejak 1096. Kemudian, terjadi reorganisasi menjadi 13 universiti otonomi pada tahun 1970. Seringkali disebut sebagai Sorbonne setelah College de Sorbonne yang didirikan sekitar tahun 1257. Universiti ini berkembang pada akhir abad 12 di wilayah Katedral Notre Dame sebagai sebuah pusat pembelajaran bidang seni, kedoktoran, perundangan, dan teologi. 

6. Universiti Oxford

Seperti halnya Universiti Paris, Bagaimana Universiti Oxford ini dibangun juga tidak jelas. Secara formal disebutkan dibangun pada tahun 1096. Universiti ini ini berkembang pesat sejak tahun 1167, saat Henry II melarang pelajar Inggris untuk belajar ke Universiti Paris. Universiti Oxford sempat ditutup dua kali. Pertama, pada tahun 1209 dan tahun 1355 karena kerusuahn St Scholastica. Saat ini, universiti berbahasa Inggris tertua ini, memiliki 38 jurusan dengan struktur internalnya masing-masing.
7. Universiti Montpelier
Universiti ini terletak di Montpelier, Prancis. Diyakini, usia universiti ini jauh lebih tua dari tanggal pembinaannya pada tahun 1150.

8. Universiti Cambridge
Universiti Cambridge dikenali sebagai universiti berbahasa Inggris tertua kedua setelah Oxford. Universiti ini dibentuk oleh para sarjana yang meninggalkan Universiti Oxford selama terjadi perbalahan tahun 1209. Saat ini, Cambridge termasuk salah satu universiti terkenal di dunia. Hingga tahun 2009, para alumni universiti ini telah memenangkan 85 penghargaan Nobel.
9. Universiti Salamanca
Universiti Salamanca terletak di Salamanca, Spanyol yang didirikan pada 1218 dan memperoleh gelar "universiti" oleh Paus Alexander IV pada tahun 1225. Awalnya, Universiti Salamanca didirikan oleh Raja Alfonso IX Leonese untuk memberikan kesempatan pada masyarakat Leonese untuk belajar, daripada pergi untuk belajar di Castile. Saat ini, Salamanca tetap menjadi universiti pilihan bagi siswa Spanyol yang ingin fokus pada humaniora dan studi bahasa.
10. Universiti Padua
Universiti Padua adalah universiti tertua kedua di Itali setelah Universiti Bologna yang didirikan pada tahun 1222, ketika sekelompok mahasiswa dan profesor meninggalkan Universiti Bologna.

Universiti Malaya

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur(mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya
Evolusi Universiti Malaya
Evolution of the University of Malaya.png
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".

[sunting]100 Tahun UM

Pada 16 Jun 2005Universiti Malaya telah mengadakan "Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya" yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tarikh 16 Jun dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malayakerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College di Singapura sehingga ia digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.

Sekolah Pertama di Dirikan di Tanah Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free atau nama ringkasnya SMK Penang Free, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Negeri.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free memiliki 1077 pelajar lelaki dan 77 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1154 orang. Ia mempunyai seramai 124 orang guru.2009
Penang Free School ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di GeorgetownPulau PinangMalaysia. Diasaskan pada tahun 1816, ia adalah sekolah bahasa Inggeris yang pertama dan tertua di wilayah Asia Tenggara.

Sejarah

Penubuhan Penang Free School bermula daripada cadangan untuk pembinaan sekolah di Prince of Wales Island oleh Reverend Sparke Hutchings, paderi penempatan di situ. Guru besar pertamanya James Cox 1816-1821, dengan tapak asalnya di Jalan Farquhar mula-mulanya menempatkan Sekolah Hutchings, tetapi kini merupakan Muzium Negeri Pulau Pinang. Pada tahun1928, sekolah ini berpindah ke lokasi kini di Jalan Masjid Negeri (lebih dikenali sebagai Greenlane).
Petikan daripada piagam asal: "Bahawa tujuan pertama Institusi ialah untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang kalau tidak, akan dibesarkan secara duduk-duduk sahaja dan mengakibatkan tabiat buruk tanpa cara mendapatkan sebarang ajaran, baik dalam pembelajaran berguna mahupun sebarang kerja kasar, dan untuk menanam tabiat-tabiat awal terhadap kerajinan, disiplin, dan kelakuan baik." — daripada "Rancangan Asal Penubuhan Free School, Pulau Prince of Wales, 1816".
Satu badan jawatankuasa ditubuhkan dan dianggotai oleh yang berikut: Rev. R. S. Hutchings, R. Ibbetson Esq., Capt. J. M. Coombs, J. MacInness Esq., J. Carnegy Esq., D. Brown Esq. and R. Caunter Esq. Dalam satu kutipan yang di adakan sejumlah $10, 867 dikumpulkan antara 1816 hingga 1824. Sebagai tambahan , pihak Gabenor, bagi pihak Syarikat India Timur - (East India Company), memberikan sumbangan $1,500, bayaran bulanan $200, dan sekeping tanah dikenali sebagai Church Square, sebagai tapak penubuhan bangunan sekolah. . Sekolah Penang Free merupakan sekolah Inggeris yang pertama didirikan di Tanah Melayu dan juga di Asia Tenggara.

Pembukaan Rasmi Penang Free School

Penang Free School dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1816 di sebuah rumah yang disewa di Love Lane. Penang Free School berpindah kepada bangunan kepunyaanya sendiri pada tahun 1821. Perkataan 'Free' Percuma pada nama Penang Free School merujuk kepada kebebasan untuk semua bangsa untuk masuk dan bukannya merujuk kepada pelajaran percuma seperti yang dilakukan oleh Malacca Free School (kini Sekolah Tinggi Melaka).
Pada 1924 pembinaan bangunan baru Penang Free School di tapak 30 ekar di Green Lane bermula dan siap pada tahun 9 Januari 1925.

[sunting]Semasa Perang Dunia ke 2

Ketika Peperangan Dunia ke 2, Penang Free School pernah digunakan sebagai ibu pejabat Tentera Pembebasan Kebangsaan India - (Indian National Liberation Army).

[sunting]Selepas Merdeka

Apabila Malaysia mengistiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penang Free School perlu mematuhi Ordinan Pelajaran 1957 dan Polisi Pendidikan Negara. Penang Free School tidak lagi ditakbir oleh Gabenor tetapi oleh Board of Governors. Bangunan sekolah Penang Free School kekal menjadi milik Kerajaan.



SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM.
KUTTAB
Tempat-tempat belajar sebelum sekolah didirikan ( sebelum Islam ) ialah di rumah guru, di bawah pokok, gua-gua dan tempat sembahyang.Tempat belajar ini di panggil Kuttab iaitu tempat belajar pelajaran rendah asas seperti mengajar membaca dan menulis huruf-huruf Arab.Orang Makkah yang mula-mula sekali belajar di Kuttab ini ialah Sufian bin Umaiyah bin Abdi Syam dan Abi Qais bin Abdul Manaf . Mereka ini belajar sehingga Islam datang iaitu semasa Nabi menerima wahyu dan sepanjang waktu tersebut ( tahun 571-600 ) hanya 17 orang sahaja yang pandai menulis dan membaca . Di antara mereka ialah Muawiyah bin Abi Sufian, Zaid bin Harithah, Othman bin Affan dan Zaid bin Thabit.
Rasulallah s.a.w. menerima wahyu melalui malaikat Jibril , seorang Nabi yang tidak pandai membaca dan menulis hanya menghafal wahyu yang diturunkan kemudian di ajarkannya. Sepanjang ayat Al Quran turun selama 23 tahun, orang-orang yang pandai membaca dan menulis itu berada di samping nabi untuk mencatit surah-surah tersebut dan juga mengajarorang lain membaca dan menulis dengan menjadikan ayat Al Quran sebagai buku teks mereka.
Setelah agama Islam berkembang maka Kuttab tempat belajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam diwujudkan, iaitu di akhir abad pertama dan permulaan abad kedua Hijrah. Khusus untuk mengajar Al Quran, fiqeh Islam dan ilmu-ilmu Al Quran.
Kuttab yang masyhur ialah kuttab Abul Qasim AlBalkhi, jumlah murid yang belajar disana ialah 3000 orang. Sewaktu mengajar , dia terpaksa menunggang keldai mundar mandir mengawasi murid-muridnya. Abad kedua Hijrah dan seterusnya bertambah pesat pertumbuhan kuttab dan guru-guru Al Quran sehingga setiap kampung mesti ada sebuah kuttab atau lebih. Kebanyakkan pelajaran-pelajaran yang diajarkan di kuttab-kuttab ini ialah Al Quran, cerita-cerita orang-orang soleh dan orang-orang Ahlul bait juga hukum-hukum Islam, hadith, tafsir dan tauhid. Di Afrika Utara anak-anak perempuan diwajibkan menghafaz surah An Nur.
Guru-guru yang masyhur yang mengajar Al Quran dan pokok-pokok agama Islam di kuttab-kuttab ialah AdDhahaak bin Muzahim tahun 105 Hijrah, Al Kumaits bin Zaid tahun 126 Hijrah dan Abdul Hamid bin Al Katib tahun 132 Hijrah. Mereka ini memulakan kerjaya sebagai guru biasa mengajar Al Quran dan syair-syair, kemudian dinaikkan pangkat oleh sultan atau khalifah ke darjat yang paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa pemerintah Islam dahulu sangat sukakan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang ilmu kesusasteraan.
PENDIDIKAN RENDAH DI ISTANA-ISTANA.
Sisitem pendidikan ini dimulakan oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah Al Walid bin Abdul Malik. Mereka berdua ini telah memanggil guru untuk mengajar putra-putra mereka di istana. Guru yang mengajar ialah Al Hajjaz bin Yusuf As Saqafi.
Pendidikan rendah di istana ini lebih luas daripada pendidikan di kuttab di mana sukatan pelajaran atau rancangan pelajaran disusun atau dirancang sendiri oleh orang tua murid-murid. Mereka juga ikut membantu guru yang mengajar membuat rancangan pelajaran . Tujuannya supaya selaras diantara pelajaran dengan taraf pemikiran anak-anak mereka.Guru yang mengajar di istana dipanggil mu`adib. Perkatan mu`adib berasal dari perkataan adab yang bererti budi pekerti dan juga bererti meriwayatkan. Mereka dipanggil mu`adib kerana berperanan mendidik budi pekerti putra-putra raja dan meriwayatkan kisah-kisah orang-orang bijak pandai dahulu kala. Mereka ini akan belajar hingga dewasa dan supaya menyambung pelajaran ke sekolah-sekolah atau masjid-masjid.
MASJID.
Fungsi masjid menurut fahaman kaum muslimin dimasa permulaan Islam adalah amat luas. Mereka telah menjadikan masjid itu untuk tempat beribadat, tempat pengadilan, tempat tentera memberi pelajaran, tempat tentera berkumpul dan tempat menerima duta-duta dari luar negeri. Oleh kerana itu mereka segera mendirikan masjid-masjid untuk tujuan seperti diatas, terutama untuk menampung keramaian penuntut. Mereka menamakan masjid `Baitullah’ kerana dalam nama itu terkandung suatu pengertian iaitu untuk memasuki masjid itu tidak perlu meminta izin terlebih dahulu kerana ia adalah `rumah Allah’.
Masjid yang mula-mula sekali didirikan sesudah Islam ialah masjid Quba , selain digunakan untuk bersembahyang masjid ini digunakan untuk tempat belajar dan disini juga nabi mengajar sahabat-sahabat baginda tentang urusan –urusan agama dan urusan dunia. Sesudah itu banyaklah masjid-masjid didirikan dan diceritakan bahawa di abad ketiga Hijrah kota Baghdad dipenuhi dengan 30,000 buah masjid.
Di antara masjid-masjid yang masyhur dalam Islam ialah Jamek Al Mansur didirikan oleh khalifah Al Mansur pada tahun 145 Hijrah, Masjid Damascus di Syria dibina oleh khalifah Al Walid, Jamek Amru di Mesir dibangunkan oleh Amru bin Al As pada tahun 21 Hijrah.
SEKOLAH-SEKOLAH.
Pelajaran-pelajaran Islam makin lama makin bertambah menarik minat orang ramai dan bertambah pula jumlah penuntutnya datang belajar ke masjid-masjid.
Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan bertambah sempitlah ruangan masjid dan guru-guru yang mengajar dengan suara yang nyaring sedikit sebanyak akan menganggu orang-orang yang sedang beribadat. Demikian juga dengan pelajaran-pelajaran dimana telah banyak dan sedang mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Ada diantara matapelajaran itu berbentuk soaljawab, perdebatan, perbahasan dan perbincangan. Kaedah ini tidak sesuai dijalankan dimasjid-masjid tempat orang-orang beribadat. Menyedari hakikat ini maka didirikanlah sekolah-sekolah untuk mengajar secara formal dan memberi peluang kepada orang yang bekerja sebagai guru sepenuh masa untukmengajar disekolah-sekolah dengan pendapatan tetap sebab paling utama sekolah didirikan selain yang tersebut tadi ialah untuk mnegajar umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya, dan untuk menghapuskan fahaman syiah yang disebarkan oleh kaum Bani Buwaih dan kaum Fatimiyyin. Ajaran syiah ini tersebar luas sekitar negeri Iraq, Syria dan Mesir. Usaha mendirikan sekolah ini dilakukan oleh kaum Saljuk dan Ayubiyyin. Mereka ini menganut mazhab Ahli Sunnah. Tujuannya ialah untuk mensucikan jiwa orang Islam dari kepercayaan-kepercayaan syiah disamping itu untuk memberi ilmu pengetahuan yang sempurna kepada umat Islam.
Orang yang mula-mula mendirikan sekolah didunia Islam ialah seorang perdana menteri Bani Saljuk bernama Nizamul Muluk. Sekolah yang didirikan diberi nama Nizamiyyah Baghdad siap pada tahun 1459 Hijrah letaknya dipinggir sungai Tigris.
Setelah berakhir pemerintahan bani Saljuk, muncul seorang pahlawan Islam sekitar tahun 560 Hijrah bernama Nurruddin Zunky menyambung usaha Nizamul Muluk memajukan ilmu pengetahun dengan mendirikan sekolah di Damsyik dan seluruh kota Syria. Sekolah yang paling masyhur pada masa itu ialah sekolah An Nurriyyah Al Kubra dibina dlam tahun 563 Hijrah .Sekolah ini masyhur kerana terdapat berbagai-bagai kemudahan untuk para guru, para pelajar dan orang ramai.Ia dilengkapi dengan masjid untuk untuk para penghunisekolah dan juga orang ramai, dewan untuk mengadakan kelas perbincangan, bilik-bilik guru, asrama pelajar dan tempat tinggal pekerja sekolah seperti buruh-buruh, jaga dan juga warden.Sekolah ini khusus untuk ilmu pengetahun syariah Islam menurut mazhab Imam Abu Hanifah An Nukman. Wallahhua`lam .

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
  • Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
  • Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
  • Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
  • Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
  • Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
  • Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
  • Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
  • Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
  • Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
  • Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
  • Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-

(a) Pendidikan Prasekolah
  • Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
 (b) Pendidikan Rendah
  • Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi   yang  boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
  • Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;
 (c) Pendidikan Menengah
  • Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
  • Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada
            o    Sekolah Akademik
            o    Sekolah Teknik dan Vokasional
            o    Sekolah Kebangsaan Agama
(d) Pendidikan Lepas Menengah
  • Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
  • Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
  • Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-
          o    Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan  kepada              Jabatan Pendidikan Khas.
          o    Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA


Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)
Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
            Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
            Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)



Graf di atas menunjukkan jumlah pendaftaran pelajar sekolah rendah
dan sekolah menengah bermula dari tahun 1956 hingga 1984.

panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang
Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.


Pendidikan Zaman Dahulu
Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Pendidikan Zaman Sekarang
Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang
Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
            Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.

Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
            Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.